Depth of Field merupakan satu aspek yang sangat penting dalam fotografi, serta penyumbang kepada kewujudan bokeh.
Ringkasnya, Depth of Field merujuk kepada ruangan atau bahagian di sekeliling (depan dan belakang subjek) dalam sesebuah foto yang dilihat tajam, atau in-focus.
Depth of Field terbahagi kepada dua:
Apa itu Depth of Field?
| Sumber: photoaxe |
Ringkasnya, Depth of Field merujuk kepada ruangan atau bahagian di sekeliling (depan dan belakang subjek) dalam sesebuah foto yang dilihat tajam, atau in-focus.
Depth of Field terbahagi kepada dua:
- Large Depth of Field (DOF luas)
- Shallow Depth of Field (DOF sempit)
Large Depth of Field(DOF luas)

Sesebuah foto dikatakan mempunyai Depth of Field yang luas apabila semua (atau hampir keseluruhan) elemen dan bahagian di dalam nya kelihatan tajam dan in-focus, contohnya seperti gambar permandangan (landscape).

Biasanya diaplikasikan pada gambar landscape untuk memastikan subjek dan background sama tajam.
Faktor bagi Depth of Field
- Focal length yang pendek (wide), contoh 18mm dan ke bawah
- Aperture kecil (no f besar), contoh f/11
- Jarak yang jauh di antara kamera dengan subjek
Shallow Depth of Field(DOF sempit)

Sesebuah foto pula dikatakan mempunyai Shallow DOF, iaitu DOF yang sempit apabila hanya subjek yang difokus (dan kawasana berdekatan di sekelilingnya) sahaja kelihatan sharp.
Background serta foreground yg out of focus itu dipanggil juga sebagai bokeh.

Background serta foreground yg out of focus itu dipanggil juga sebagai bokeh.
Dlm ertikata lain juga, DOF yang sempit menyumbang kepada kemunculan bokeh.
Namun begitu, biasanya aperture akan menjadi faktor utama penentu keluasan depth of field.
Faktor bagi shallow DOF:
- Focal length yang berangka tinggi (telephoto), contoh 55mm dan ke atas
- Aperture besar (no f kecil), contoh f/1.8
- Jarak yang dekat di antara kamera dgn subjek
Faktor Keluasan Depth of Field
Seperti yang telah dinyatakan di atas, DOF dipengaruhi oleh 3 faktor utama:
- Bukaan Aperture
- Focal length
- Jarak subjek (fokus utama) daripada kamera
daripada gambar di atas,kita boleh lihat peranan utama aperture dalam menentukan keluasan depth of field.
kesimpulan
Untuk mendapatkan shallow depth of field, iaitu gambar yang ada bokeh:
- Focal length yang berangka tinggi (telephoto), contoh 55mm dan ke atas
- Aperture besar (no f kecil), contoh f/1.8
- Jarak yang dekat di antara kamera dgn subjek
Manakala untuk dapat large depth of field bagi gambar seperti landscape:
- Focal length yang pendek (wide), contoh 18mm dan ke bawah
- Aperture kecil (no f besar), contoh f/11
- Jarak yang jauh di antara kamera dengan subjek
























