assalamualaikum.
kat Ukm saya ada join satu usrah under kelab PEMBINA, tiap hari jumaat jam 12.30pm. this is my first time join usrah and its fun, banyak yang saya dapat dgn ber'usrah'.alhamdulillah, sedikit demi sedikit, ia memberi kesedaran kepada diri saya. so hari ni saya nak share la apa itu usrah dan kepentingannya :)
APA ITU USRAH ??
Usrah merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud keluarga.Dari segi istilah, usrah bermaksud perkumpulan kecil (biasanya 5 hingga 8 orang) yang dibentuk atas dasar persaudaraan untuk mendalami ilmu agama dan saling tolong menolong dalam pelbagai aspek kehidupan.Usrah merupakan simbolik kepada institusi kekeluargaaan yang sebenar dimana interaksi di kalangan ahli kumpulan begitu akrab umpama adik-beradik kandung. Manakala fasilitator (digelar naqib bagi lelaki atau naqibah bagi perempuan) berperanan sebagai bapa atau ibu yang mengepalai keluarga bahagia tersebut.
KENAPA USRAH ITU PENTING??
- kerana ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w seperti yang diterangkan di atas. Pastinya dengan melaksanakan sunnah kita akan diganjari dengan pahala yang bukan sedikit.
- usrah mampu melahirkan individu Muslim yang soleh dan solehah. Pelbagai ancaman luaran seperti fenomena murtad, syiah, budaya hiburan melampau (hedonisme), agenda Yahudi, fahaman kebebasan mutlak (liberalisme) dan banyak lagi hanya mampu dibendung oleh individu Muslim yang sempurna aqidahnya, benar ibadahnya serta cantik akhlaknya.
- usrah menjana sendi-sendi kekuatan umat Islam seperti persaudaraan, kefahaman agama dan kekuatan teknologi. Lompong-lompong inilah yang menyaksikan umat Islam ditindas, dibantai dan dizalimi di seantero dunia tanpa pembelaan yang sewajarnya.
Bahkan banyak lagi kepentingan usrah yang lain jika kita perhalusi dengan lebih mendalam. Mudahnya, jika masa kita tidak diisi dengan agama, secara fitrah ia akan terisi dengan pelbagai anasir negatif yang merugikan.
semoga info ini berguna untuk anda semua :)


No comments:
Post a Comment