White Balance
Pengenalan:
- White Balance, atau singkatannya WB, berkait rapat dgn konsep suhu warna (Color Temperature).
- Color temperature - cara mengukur kualiti sumber cahaya berdasarkan RGB (Red, Green, Blue).
- Diukur dalam unit degree Kelvin (K). Angka tinggi - warm, angka rendah - cool, sama seperti suhu juga, suhu tinggi - panas, suhu rendah - sejuk
- Warm color jika ianya kemerahan
- Cool color jika ianya kebiruan
White Balancing
Proses di mana kamera calibrate sensor digital untuk mendapatkan warna yang 'paling tepat' di bawah keadaan lighting yang berbeza-beza. Zaman filem dulu, disebabkan setiap filem sudahpun mempunyai WB masing-masing, maka untuk jurufoto mendapatkan warna yang diingini, mereka perlu gunakan warming/cooling filter. Kira dalam situasi di atas, cecair bluing bertindak sebagai cooling filter, dan lampu pentas sebagai warming filter. Zaman digital pula, proses white balancing bergantung kepada kecekapan sensor kamera dalam mendapatkan warna paling tepat melalui preset WB yang berikut: AWB, Daylight, Cloudy, Shade, Tungsten, Fluorescent, Flash dan Custom
AUTO WHITE BALANCE (AWB)

Auto White Balance merupakan cara terpantas untuk mendapatkan warna yang tepat di bawah keadaan cahaya yang natural, outdoor. Namun apabila indoor yang kurang cahaya atau banyak sumber cahaya, maka AWB akan menghasilkan warna yang tak menentu (color cast) - oren jadi merah, kuning jadi hijau etc etc. Maka apabila AWB tidak lagi reliable untuk kita mendapatkan warna yang diingini, kita perlu menggunakan preset selain daripada AWB seperti berikut:

Daylight | Flash | Cloudy | Shade

Daylight & Flash:
- Color Temp: 5500K
- Jika outdoor, biasanya AWB akan menghasilkan WB yang sama dengan Daylight
- Sesuai untuk hari yang cerah dan skintone yang sedikit kekuningan
- Daylight mewujudkan warna purple (rujuk gambar, bandingkan dengan Flash)
- Flash lebih sesuai digunakan dengan flash kerana cahaya daripada flash menyebabkan gambar kebiruan, maka temp 5500K yang agak warm akan menjadikan gambar putih semula
Cloudy & Shade:
- Color Temp: 6500K & 7500K
- Shade lebih warm daripada Cloudy
- Sesuai untuk sunset/sunrise
Tungsten | Fluorescent
White Balance yang sesuai untuk indoor, dalam keadaan banyak lampu beraneka warna.

Lighting agak kekuningan dlm dewan, maka Tungsten WB yg sedikit cool digunakan
- Color Temp: 2850K
- Sesuai untuk indoor yang berlampukan tungsten. Lampu jenis ini membuat gambar warm, maka temp 2850K yang agak cool sesuai untuk menjadikan gambar putih semula

Lighting agak kebiruan dlm bilik ini, maka Fluorescent WB yg sedikit warm digunakan
Fluorescent:
- Color Temp: 3800K
- Lebih warm daripada Tungsten
- Sesuai untuk indoor yang berlampukan fluorescent. Lampu jenis ini membuatkan gambar sedikit cool, maka temp 3800K yang agak warm sesuai untuk menjadikan gambar putih semula
Kelvin | Pemilihan Color Temp
Utk kamera yang tiada feature ini, boleh shoot gambar dalam format RAW,kemudian selaraskan Color Temp di Adobe Lightroom,

WB: OUTDOOR VS INDOOR
gambar bwh ni: gambar outdoor tapi di-snap dgn WB indoor:

Sunset (outdoor) dgn WB indoor

Portrait di bwh lampu fluorescent dgn Shade WB
TIPS UNTUK WHITE BALANCE YG TEPAT
- Fahamkan setiap preset WB yang ada dan kegunaan yang sesuai mengikut keadaan lighting
- Sentiasa shoot dalam format RAW, terutamanya gambar portrait
- Mahirkan diri dengan penggunaan preset, fine tune, grey card atau manual WB
- Mahirkan diri dengan post processing, seperti di bahagian white balance, removing color cast
- Jangan menggunakan ISO yang terlalu tinggi. ISO yang terlalu tinggi, ISO3200 ke atas biasanya akan mewujudkan color cast. Gunakan flash jika perlu.
- Sentiasa pantau White Balance yang sedang digunakan pada kamera sebelum shoot
KESIMPULAN

No comments:
Post a Comment