APA ITU APERTURE?
- Mekanisme yang terletak pada lens, yang berupa bilah/pisau
- Merujuk kepada diameter bukaan lens yang mengawal kemasukan cahaya
- Semakin besar diameter bukaan, semakin banyak cahaya yang masuk ke dalam sensor/filem
BAGAIMANA MENGENALI APERTURE?
- Biasanya ditunjukkan dalam unit F-angka, contoh F2.8 atau f/2.8
- Ia adalah mekanisme pada lens, bukan body kamera
- Kalau aperture tu tidak diwakili dengan F-angka, maka biasanya dia akan diwakili dengan nombor nisbah, contoh 1:2.8 bermaksud F2.8 atau f/2.8, 1:3.5-5.6 bermaksud F3.5-5.6.
BAGAIMANA MEMBACA APERTURE?
- Kita sebut sebagai "F" diikuti dgn nombor, contoh "F" "2.8".
- Aperture besar atau kecil disebut 'terbalik' dgn nombornya
- Contoh, f/2 adalah aperture yang besar jika dibandingkan dgn f/16, walaupun secara logiknya, 16 itu lebih besar daripada 2
- Kenapa kita katakan ianya besar? Kerana diameter bukaan lens pd f/2 adalah lebih luas daripada diameter bukaan pada f/16

APA PERANAN APERTURE?
1) Mengawal kemasukan cahaya
- Sepertimana yang dikatakan pada awal, ia berfungsi mengawal kemasukan cahaya ke dalam sensor/filem
- Tengok pada f/2, bukaannya yg luas membenarkan lebih banyak jumlah cahaya yang masuk jika dibandingkan dengan bukaan pada f/16
- Jika anda menggunakan shutter speed dan ISO yang sama, tetapi aperture yang berubah-berubah, katakan daripada f/3.5 hinggalah f/22, anda akan dapati gambar pd f/3.5 itu lebih terang daripada gambar pada f/22

Sumber: http://www.shortcourses.com/use/using1-9.html - jadi kita katakan "Semakin Besar Aperture, Semakin Tinggi Jumlah Kemasukan Cahaya"
credit info daripada http://ejadfotopoyo.blogspot.com/p/jom-belajar-i.html

No comments:
Post a Comment