Sunday, 20 April 2014

Composition

Apa itu komposisi (Composition)
Secara ringkasnya, komposisi ialah teknik meletakkan subjek atau elemen seni di dalam gambar. Komposisi yang betul akan menjadikan sesuatu gambar itu lebih menarik. Kalau korang ambik seni, mesti tau kan apa itu elemen seni. Yang tak tau tu, elemen seni ni seperti garisan, warna, tekstur, bentuk, ruang dan banyak lagilah.
Penting ke komposisi?
ia nya penting kerana komposisilah yang membezakan antara satu gambar dengan gambar yang lain, yang membezakan berapa tinggi nilai seni sesuatu gambar.
Asas-asas Komposisi
1. Rule of Third
5949863258 60ea9e5a46 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
ini merupakan peraturan komposisi yang paling selalu fotografer gunakan.  Caranya dengan meletakkan subjek pada kawasan garis yang bersilang. Kebanyakkan kamera kini ada tetapan untuk memaparkan garisan tu
2. Keseimbangan
5949844382 97451a2784 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Cara meletakkan subjek juga lebih kurang sama seperti Rule of Third, tambahannya ialah, ada subjek lain untuk menyeimbangkan subjek utama.
3. Garisan
5949287977 5261da69ac Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Garisan merupakan satu elemen yang kuat, boleh memberi kesan yang mendalam pada sesuatu gambar. Garisan tersebut haruslah berada di garisan yang betul, jika ianya berada di tempat yang betul, garisan akan bertindak menarik mata kita untuk melihat lebih mendalam dan menghayati foto yang kita ambil.
4. Simetri
5949288843 92b70679f3 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Tidak seperti Rule of Third, subjek diletakkan di tengah-tengah untuk menampakkan persamaan kiri dan kanan. Tetapi subjek haruslah kuat, jika tidak, subjek akan kelihatan tenggelam.
5. Kedalaman/ Depth
5949292391 51bd729315 Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi
Setiap gambar yang kita ambil dipaparkan dalam 2 dimensi. Tapi dengan bermain dengan foreground dan background, kita boleh mewujudkan depth atau kedalaman yang akan membuatkan foto yang kita ambil bersifat 3 dimensi. Ayat mudahnya “tak flat”.
6. Framing
5949850468 9214f03ddc Asas Asas Komposisi Dalam Fotografi

No comments:

Post a Comment