APA ITU SHUTTER SPEED?
Memberi maksud Exposure Time, iaitu masa shutter camera itu terbuka untuk kemasukan cahaya.
Semakin lama shutter terbuka, semakin tinggi kemasukan cahaya.
BAGAIMANA MENGENALI SHUTTER SPEED?
![]() |
| Shutter speed pada mechanical film camera |
| Shutter speed pada kamera Samsung EX2F |
| Shutter speed pada kebanyakan DSLR |
- Diwakili dengn unit saat, contoh 1/4000s, 1/250s.
- Terletak pada body kamera (sama seperti ISO pd kamera digital), bukan pada lens.
- Pada zaman analog (filem), biasanya shutter speed ditunjukkan dalam gandaan 2 (jarak 1 stop), contohnya 1/250s, 1/500s, 1/1000s dan yang paling rendah selepas 1s ialah B (Bulb Mode)
- Pada zaman digital, kamera digital SLR mampu menggunakan shutter speed selaju 1/8000s bg sesetengah model kamera, dan serendah 30s, kemudian BULB.
- Utk digital SLR, shutter speed yang lebih rendah daripada 1 saat akan ditandakan dengan 1", 2" hinggalah 30" untuk membezakan dengan shutter speed 1/2s, 1/30s.
- Selepas shutter speed ditunjukkan dalam unit nombor, ia akan diwakili dgn B yg bermaksud BULB, iaitu tiada masa terhad untuk bukaan shutter. Dengan mode BULB, shutter akan sentiasa terbuka selagi kita menekan butang shutter
BAGAIMANA MEMBACA SHUTTER SPEED?
Jika bacaan di kamera ialah 1/1000s atau 1000, kita baca sbg "1 per 1000 saat".
Untuk yang ada simbol ", seperti 30", kita baca sbg 30 saat, bukan 1 per 30 saat, kerana simbol untuk 1 per 30 saat ialah 1/30s.
APA PERANAN SHUTTER SPEED?
1) Mengawal Kemasukan Cahaya
- 1/1000s bermaksud shutter blind itu terbuka selama 1/1000s, dan begitu juga utk 30", shutter blind terbuka selama 30 saat
- Seperti unit matematik yang normal, 30s merupakan masa yg lebih lama daripada 1/1000s.
- Semakin lama shutter blind terbuka, semakin tinggi kemasukan cahaya ke dalam filem/sensor kamera, menyebabkan gambar menjadi lebih terang.
- Jadi kita boleh kata jika menggunakan Aperture dan ISO yang sama tetapi dgn Shutter Speed yang berubah-ubah, gambar pd 30" akan lebih terang drpd 1/1000s

2) Freeze & Blur
![]() |
| Sumber: miketurnerphotos |
- Shutter speed yg berbeza akan memberikan kesan yang berbeza pada gambar
- Bacaan shutter speed yang laju akan menyebabkan subjek freeze (kaku) dalam frame kamera
- Manakala bacaan shutter speed yang perlahan pula akan menyebabkan subjek kelihatan blur
- Ini berlaku kerana bukaan yang lebih lama akan merekod segala jenis pergerakan ke dalam filem/sensor kamera
- Sebab itu kebanyakan gambar yang diambil di dalam keadaan kurang cahaya/gelap (low light) senang blur, kerana pada waktu itu shutter terbuka lebih lama utk membenarkan lebih banyak cahaya masuk.
KESIMPULAN
Semakin laju shutter speed --> semakin sekejap masa shutter terbuka --> semakin rendah kemasukan cahaya --> semakin sharp (kaku) subjek yg bergerak
atau, sebaliknya
Semakin perlahan shutter speed --> semakin lama masa shutter terbuka --> semakin tinggi kemasukan cahaya --> semakin blur subjek yg bergerak
credit info daripada http://ejadfotopoyo.blogspot.com/p/jom-belajar-i.html


No comments:
Post a Comment