Sunday, 20 April 2014

Rule of Thirds

APA ITU RULE OF THIRDS ?

Ia adalah salah satu teknik komposisi, iaitu teknik kita merakamkan foto dalam framing.


TEKNIK YANG BAGAIMANA?

Bayangkan frame foto anda yang berbentuk segiempat itu dilukiskan garisan dan dibahagikan kepada 3x3 bahagian, yg mana akhirnya akan menghasilkan 9 kotak kecil yg sama saiznya:

Sumber: desktop-documentaries 

Terdapat sesetengah kamera digital dan DSLR yg menunjukkan imej begini dlm viewfinder. Boleh rujuk user manual atau google "how to enable grid display in "

Kemudian, berpandukan garisan yang ada itu, Rule of thirds merujuk kepada teknik di mana kita meletakkan subjek di atas mana-mana garisan tersebut, berpandukan titik pertemuan sebagai panduan. Ideanya ialah, kita meletakkan subjek atau point of interest pada titik pertemuan tersebut.

Sumber: emptyeasel 


KENAPA MENGGUNAKAN TEKNIK RULE OF THIRDS?

bayangkan - kita pergi melawat Masjid Kristal. 

Biasanya kita akan mengambil gambar duduk di tengah-tengah. seperti contoh di bawah


apabila subjek berada di bahagian tengah, dia telah mengganggu masjid tersebut

Jadi,dengan teknik Rule of Thirds, kita gerakkan subjek ke kanan atau ke kiri, kemudian ruang yg selebihnya kita isi dgn masjid, seperti yang berikut :


teknik Rule of Thirds membenarkan kita untuk menonjolkan lagi elemen yang ada pada bahagian belakang utk dikaitkan dgn subjek.

contoh beberapa gambar yang diambil dengan teknik Rule of Thirds:











No comments:

Post a Comment